BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Daniyana_LoVe_iQmaL_143


Tuesday, June 15, 2010

Bab 14

Dania menunggu panggilan dari Iqmal..tunggu..tunggu..sehinggalah waktu malam barulah Iqmal menelefonnya..

"Hello.." Iqmal memulakan..

"Hello..Iqmal..camner ngan awak??kena tumbuk si gila tu??awak..cakaplah.." Dania menanya sambil jatuh air matanya..risaukan..

"Saya ok...saya tengah sakit..sakit kene tumbuk ngan orang gila tu..ahh.." Iqmal mengaduh sakit sambil berjengket-jengket ke arah katilnya untuk baring..

"Iqmal..kenapa awak sanggup kene tumbuk ngan orang tu??kann saya dah suruh awak bagi no saya kat dia..awak memang sengaja nak kene tumbuk dengan orang tuh kan??" Dania menanya sambil menangis..Iqmal pun terdengar Dania menangis..

"Saya bukan sengaja tapi demi awak..saya sanggup lakukan apa saja..awak kawan saya..kalau saya bagipun,tak tau jugak..mungkin diorang tetap tumbuk saya.." jawab Iqmal..

"Diorang??maksud awak bukan laki tu sorang tapi ramai??awak..jangan buat saya camni..saya nangis ni nanti.." ujar Dania..padahal Dania dah nangis pun..

"Ya diorang 5 orang..tak apa..awak jangan risaukan saya sangat..nasib jugak lah kawan saya datang selamatkan saya..group shuffle saya tu..dah awak jangan menangis..saya dengar awak menangis..jangan menangis lagi ok.." Iqmal menenangkan Dania.

"Tapi kalau keluarga awak nampak yang awak kene tumbuk camner??keluarga awak akan salahkan saya...awak..jangan buat perkara camni lagi..saya rasa nak datang kat umah awak..nak ubatkan awak dan minta maaf dengan keluarga awak dan awak juga sebab sayalah awak kene tumbuk camni..." suara Dania begitu sayu sekali..

"Tak apa..saya tak kisah...awak tak perlu minta maaf dengan saya lagi..awak tak buat apa-apa pun pada saya...awak tak salah..lagipun keluarga saya belum perasan saya kena tumbuk camni..awak jangan risau.." ujar Iqmal.

"Senang je awak maafkan saya..abis kalau keluarga awak tahu..macamana???awak nak jawab apa??" tanya Dania..

"It's ok..just let me handle the problems here..don't worry ok..i will be fine.." jawab Iqmal..

"ok kalau diorang tanya awak..awak terus call saya..biar saya cakap salah saya.." ujar Dania..

"awak saya kene tutup..keluarga saya dah balik dari jalan-jalan..ok bye.." Iqmal menutup telefonnya..

Tok!!Tok!! pintu Iqmal diketuk...

"Masuk.." Iqmal bersuara lemah sekali dan bergegas baring di katil sambil menyelimuti dirinya..

Datin Zalina terus masuk ke biliknya..

"Iqmal..jom makan..Mama ngan Daddy ade belikan Iqmal Pizza Hut..jom kita makan sama-sama..Iqmal bangunlah.." Datin Zalina menggoyangkan sedikt badan Iqmal lalu ternampak kesan lebam pada muka anaknya..

"Iqmal kenapa ada tompok coklat ni.." Datin menyentuh kesan lebam itu..

"Aow.." Iqmal mengaduh kesakitan..Datin Zalina membuka selimut Iqmal dan membuka lampu milik Iqmal..

"Ya Allah!!Sapa buat Iqmal camni??ya Allah..Abang!!Abang!!" Datin Zalina memanggil Datuk Zulhaimi..

"Napa ni Zal..Ya Allah..apa yang dah terjadi pada Iqmal ni??Zal buka pintu kereta,abang nak gendong Iqmal..Cepat!!" Datuk Zulhaimi dengan tegas mengarahkan isterinya..Datin Zalina dengan lajunya pergi..Ayah Iqmal pula sedang menggendong Iqmal dari katilnya..

"Ya Allah..apa dah jadi dengan anakku yang seorang ni.." Datuk Zulhaimi sambil memandang ke atas lalu beregegas memasukkan Iqmal dalam kereta..Datuk Zulhaimi terus masuk ke tempat memandu lalu memandu keretanya manakala Datin Zalina sudah masuk bersama Iqmal..Datin Zalina hanya menangis dan membelai rambut anaknya sambil memeluk Iqmal dengan erat di dalam kereta..lalu sampailah mereka di hospital yang dekat dengan rumah mereka.

Datuk Zulhaimi terus menggendong Iqmal masuk ke dalam hospital manakala isterinya menutup pintu kereta sambil berdoa..

"YA Allah..selamatkanlah anakku yang seorang ini...jauhilah dari segala kesusahan ya Allah.." terus Datin Zalina mengekori suaminya dari belakang..mereka pun sudah menjejakkan kaki di dalam hospital..

"Nurse!!Nurse anak saya!!" Datin Zalina menjerit meronta kepada nurse itu lalu nurse itu memanggil yang lain untuk mengambil stretcher..Stretcher sudah pun ada lalu Datuk Zulhaimi meletakkan anaknya..nurse-nurse itu pun menolak stretcher itu lalu dimasukkan di bilik pembedahan..

"Encik dan Puan tidak dibenarkan masuk sehingga doktor keluar.." kata nurse perempuan itu kepada Datuk Zulhaimi dan Datin Zalina..mereka pun menunggu...sehinggalah doktor keluar dari bilik pembedahan..

"Encik..saya Doktor Irfan..saya perlu membuat pembedahan sekarang..Jadi saya perlukan tandatangan encik di kertas ini untuk membenarkan saya membuat pembedahan sekarang..anak encik dalam keadaan kritikal.." ujar Doktor Irfan..Datuk Zulhaimi tanpa membuang masa terus menandatangani kertas itu.. doktor itu pun beredar masuk ke dalam bilik pembedahan..

Datuk Zulhaimi dan Datin Zalina hanya menunggu di luar bilik pembedahan..mereka berdua tidak terlepas dari mendoakan anaknya agar selamat..akhirnya mereka menunggu 2 jam,Doktor Irfan pun sudah keluar dari bilik pembedahan..

"Encik..anak encik sudah pun selamat.." ibu bapa Iqmal bersyukur kerana anaknya sudah pun selamat..

Dania di biliknya..

"Ya Allah..selamatkanlah Iqmal dari segala kesusahan ya Allah..aku mohon padamu..." Dania hanya memandang ke atas sambil menangis..Tiba-tiba ada orang mengetuk pintu biliknya..

"Dania..ni Amira..pintu berkunci tak??" Amira yang mengetuk..Dania pun bangun dari katilnya untuk membuka pintu..Dania terus membukanya..Amira tersedar mata Dania merah seperti orang lepas menangis..

"Dania..kau kenapa ni??mata kau merah...kau baru menangis ke??" Amira menanya..Dania yang berdiri di pintu terus menarik tangan Amira untuk mengajaknya masuk..lalu apabila Amira sudah masuk,Dania mengunci pintunya semula..Lalu Dania menceritakan segala-galanya mengenai hal tadi...

"Apa!!IQmal kena tumbuk!!jahanam punya orang!!mampus orang tak sedar diri tuh ngan aku nanti..kau maafkan aku ya sebab aku tetiba datang umah kau..lagipun mak aku dia kene hadiri satu majlis..so aku takut nak duduk rumah sengsorang...so tuh aku datang umah kau..lagipun aku dah bagitau mak aku yang aku datang rumah kau...kau tak marahkan???" tanya Amira..

"Ya aku tak kisah pun kau nak singgah umah aku...ataupun tidur kat sini pun aku suka.. nasib baik kau datang waktu aku menangis..kalau tak,tak taulah aku jadinya..kau lah orang pertama yang aku bagitau hal ni.." balas Dania.

"So camner ngan family Iqmal tu...kalau diorang marah kau,camner??" tanya Amira..

"Aku akan minta maaf kat family dia disebabkan aku Iqmal kena camtuh...aku sedih.." ujar Dania..

"Kau nak tau tak..cerita kau ngan Iqmal tak ubah macam citer cinta..tau tak??sebab mana ada laki sanggup berkorban untuk perempuan tu unless dia cintakan perempuan tu...so maknanya Iqmal sebenarnya sukakan kau dan cintakan kau..so kalau dia nak bersama kau..kau terima dia tak??" Amira bertanya lagi.

"Aku tak tau lah..tapi yang aku tau,aku pun dah mula sukakan dia...setiap kali kalau terfikir pasal dia,pasti hati aku berdebar-debar...lagikan kalau dengar suara dia..." Dania memberitahu pada Amira..

"So maknanya kau sudah cintakan dia???adakah betul???" Amira bertanya Dania seperti FBI sedang menyiasat penjenayah..

"mmmm...mmm.." Dania mula tersenyum dan mengangguk perlahan-lahan..

"Wa duhh!!kawan aku sudah jatuh cintalah!!i'm happy for you...aku nak peluk kau..." AMira segera memeluk Dania dan Dania turut membalasnya..

"Tapi aku tengah risau keadaannya.." Dania kembali menangis..

"Dah dah..kita berdoa pada Yang Maha Esa ok...kan aku bersama kau..aku temankan kau menangis...tapi bila tengok kau menangis.aku pun nak menangis...hua!!!" Amira mengikut sekali menangis tapi dengan cara mengejek..

"Kau ni tak pernah serious..ade je nak orang ketawa..." Dania memukul tangan Amira dengan perlahan...

"Alah kau ni..kau kan tau..aku nikan suka bergurau...kau perangai macam kasar pun boleh menangis..apalah..." ujar Amira..

"Ni lain ok..." Dania menjawab...

"Ok.." Amira membalas..mereka berdua pun mendoakan keselamatan Iqmal di Perak..

0 comments: