BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Daniyana_LoVe_iQmaL_143


Sunday, May 30, 2010

Bab 10

Keadaan Iqmal di sekolah..

"Weih,kau dah siap ke keje Sains semalam??" tanya Adam..

"Ah??Apa kau cakap tadi???aku kurang dengarlah tadi.." balas Iqmal..

"Lah kau ni..aku tanya kau dah siap ke keje Sains semalam???" geram Adam..

"Ooohh...aku dah siap..asal kau???" Iqmal menjawab dengan hanya memandang tingkap di sebelah..Iqmal duduk di sebelah Faiz dalam kelas..Faiz dan Iqmal memang rapat dalam kelas tapi disebabkan Adam beriya-iya ingin berkawan dengan Iqmal,terpaksalah Faiz mengalah...Tapi apapun,Iqmal dan Faiz tetap rapat..

"Oh..er aku tak siap lagilah..boleh aku pinjam tak buku kau..nak tiru..heheh..." tersengih-sengih Adam menjawab macam kera tak tau nak senyum..

"Owh..er nah lah..nih last aku pinjamkan kat kau..kau jangan pinjamkan buku aku kat orang..kau pinjamkan..siap kau!!" Iqmal membalas dengan menunjukkan buku lima pada Adam..

"O rite...dah aku nak wat ni...tima kasih!!" Adam senyum sambil menyalam tangan Iqmal..

Terus Adam duduk di tempat duduknya lalu membuat kerja...bukan buat kerja tapi meniru...bangang...Faiz yang leka membantu Liyana Matematik terus menuju ke mejanya yang bersebelahan Iqmal..sebab dah selesai tolong Liyana buat Mate..

"Adam masih tiru lagi ke???" tanya Faiz..

"Hmm...ya..aku tak taulah..aku pening sangat...sebab Adam janji nak wat kejenya sendiri je...tapi dia dah mungkir janji..." Iqmal mengeluh..

"Kan aku dah cakap,jangan kawan ngan Adam tuh..ramai orang kata dia tuh budak tak guna tapi selalu je masuk kelas first...malah,dia tuh playboy...kau ada cerita ke yang nak dikongsikan ngan aku???" Faiz menanya..

"Er..tak der lah..." muka Iqmal bertukar merah..

"Eh kau ni...memanglah tak pandai nak rahsiakan muka kau ni...sebab muka kau jadi merah..nasib baik lah tak jadi hijau...kalau kau jadi hijau,alamat muka kau ala-ala katak lerr...huhuh" usik Faiz..

"Kau ni..tetiba samakan aku ngan katak asal???aku lagi hensem lah dari katak tuh...katak tuh pandai hidup dalam hutan-hutan jer..aku ni hidup dalam hutan ke kau tengok???" jawab Iqmal dengan geram..

"Ala la..kau ni..aku saja jer cakap camtuh...takkan lah kau marah??dulu aku tengok kau okey je,lagi tenang..tapi skang aku tengok kau lagi naik angin...asal???macam ada something good happen kat kau je???Ooohhh..." Faiz mengujinya...

"Apa oh oh nya???tetiba je kau ni cakap pasal aku???oh kau ingat ada something happen to me ke???memang ade something good happen to me lah...Oops!" Iqmal terlepas cakaplah..

"Hah..ye ke...oh..meh aku agakkan..kau ade kawan ngan seorang perempuan kat FB pastuh kau jatuh suka kat dia kot???betul ke tak pun aku tak tau..eh apa yang aku merepek nih..aiyoo!!" Faiz sambil menepuk dahi macam orang terlupa sesuatu..

Iqmal yang mendengar jawapan Faiz terkejut..Camner dia boleh tau yang Iqmal ade jatuh suka kat perempuan bernama Dania???

"Eh..me..me..mana kau tau semua nih???" tergagap Iqmal..

"Eh aku betul ke??Lah aku boleh jadi orang yang mengetahui segala-galanya..hahah!!!" Faiz ketawa..

"Weh camner kau tau???Aku naik angin kang baru tau dowh.." Iqmal mula naik angin..

"Eh jangan camtuh weh..aku tak tau pun yang aku teka tuh betul..jangan kau marah aku...aku tak tau pun tapi kan kau tahu aku ni suka meneka je...sori ar..mintak ampun hamba tuanku.." terus Faiz melutut..

"Ooohh..ok ok lah..aku faham..tak ingat plak yang kau suka meneka..hihih..." Iqmal ketawa sikit..

"Hmm..maknanya betul tekaan aku ya??" Faiz menanya..

"Weh kau jangan bagitau sesapa tau..terutamanya Adam tuh..." Iqmal beritahu..

"Ok ok...cepatlah aku nak dengar nie.." Faiz tak sabar hendak mendengar rahsia Iqmal...

Terus Iqmal menceritakannya...dari A sampailah ke Z..

"Oohh...gitu..kau dilamun cinta beruk lah tuh...huhuh.." Faiz komen..

"Apa kau kata!!!cinta beruk!!!ini bukan cinta beruk tapi cinta sejati lah weh.." Iqmal membalasnya..eleh eleh jiwang plak lah Iqmal ni..

"Oklah...aku saja lah wey...asal kau tak luahkan perasaan kat dia??" tanya Faiz..

"Er..terlalu awallah nak bagitau kat dia...kalau nak,dah sebulan tuh baru aku bagitau dia..." jawab Iqmal..

"Oklah..aku cadangkan..kalau kau nak luahkan yang kau suka kat dia..aku cadangkan yang kau patut hantar lagu 'Never Be Replaced' dari 1st Lady kat dia..ramai perempuan suka lagu tuh..so walaupun kalau dia tak pernah dengar atau pernah dengar,pasti dia terharu lalu kata 'Oh Gosh!'.." Faiz membuat gaya perempuan terkejut macam orang gedik dan pondan..kelakar pulak..hahah..

"Hahah..pandailah kau tuh..oklah aku akan cuba luahkan lagu lah.." Iqmal membalas..

"Sebab perempuan suka benda romantik lah weh..aku pernah buat camtuh tapi lagu lain,dia suka dan terus accept aku jadi boyfriend dia..tengok terer kan aku nih..so kalau kau nak apa-apa pertolongan mengenai percintaan,kau tanya lah aku..gerenti aku tolong kau punya.." Faiz berlagak bagus..

"Ye ye lah Mr Dr Love...huhuh.." Iqmal ketawa..

"Sejak bila aku kahwin???aku tak kahwin lagi kau panggil aku Mr???kene kau ngan aku..meh aku campak kerusi aku kat atas kepala kau!!meh sini!!!" Faiz geram..

Lalu Iqmal melarikan diri dan Faiz mengejarnya..huhuh..macam budak-budak pulak...

Saturday, May 29, 2010

Bab 9

Iqmal yang leka mmbaca komik di atas katilnya tiba-tiba terkejut dengan bunyi deringan telefonnya.

"Hmm..sapa lah yang mimpikan aku malam ni sampai anta mesej kat aku ni.." Iqmal mengeluh menandakan kepenatan.

Iqmal terus bangun dari katilnya walaupun agak penat lalu mencapai telefonnya di atas almari lacinya..Senyumannya diukir di bibirnya..

Mesejnya:

'Iqmal,sori tau sy x on9 YM ptg td..sbb ade hal kena selesaikan td..sori tau..lgpun sy da anta alamat saya melalui mesej kat FB..nanti baca ya..'

"Eh Dania...hii apa lah yang dia mimpikan aku eh..baik aku call dia cepat-cepat.." Iqmal mula perasan..huhuh...perasan dengan Dania jek..not to everyone lah...

Terus Iqmal menekan butang hijau pada nombor Dania..

Dania yang sedang makan coklat Cadbury di atas katilnya terdengar telefonnya berdering..

"Hai..kenapalah tak boley tengok orang senang,telefon...aku tengah makan coklat sedap-sedap dah orang call...benci tau..." Dania merungut manja..Terus Dania mencapai telefonnya di atas meja solek..

"Eh Danish call lah..apa hajatnya ya dia call???angkat angkut je lah enfon.." terus Dania menekan 'Answer'..

"Yap apa hajat call saya Mr. Danish???" Dania memulakan perbualannya..

"Mr. Danish awak panggil saya...saya baru umur 16 tau..masih single tau..." Iqmal menjawab.

"Oooh...single mingle kitty eh???" Dania mengusiknya.

"Hah..kitty pulak lah awak panggil saya..." Iqmal balas.

"Heheheh...takder lah..sesaja jer...awak memang pantang naik angin ke??" Dania bertanya.

"Hei takderlah..ha asal tak online tadi???" tanya Iqmal.

"Aduh..camner aku nak jawab ni..da la..relax lah baby...hu-ha-hu-ha-hu-ha(tarik nafas dalam hati)..eh sapa baby ha??hii..banyak soal lak aku ni..aku yang panggil diri aku baby,aku yang blurr..." Dania mengomel.

"Saya tadi kene pujuk Nik tadi..sebab dia merajuk ngan saya..sebab saya ade termarah dia..heii..panjang lah citernya...tak takut ke abis kredit awak???" Dania mengeluh.

"Takkan abis pun...demi awak saya sudi lakukan apa-apa sahaja Baby..Ops!..." Iqmal tercakap lepas lalu tersedar..

"Hmm baru je tadi aku panggil diri aku Baby..dah dia panggil aku Baby..dah kene jadi baby balik ke aku nie..tak faham aku manusia ni.." Dania merungut.

"Ooo..camni tadi Fikri dia ganggu saya kat dalam kelas..kata saya nak jadi kekasih awak lah tah apa loya pun tak tau la..sedar lah diri tuh..kalau orang nak jadi boyfriend saya pun dia mesti suci lah..bukan buaya darat macam Fikri tuh..kotor.." Dania bersungguh-sungguh bercerita.

Iqmal ketawa..

"Ooh..kan awak orangnya comel...mesti lah lelaki nak berebut-rebut jadi kekasih awak..hah..yang Nik tuh sapa???" Iqmal tanya.

"Erm Nik tuh kawan rapat bagi pihak lelaki lah...hah..lepas tuh Nik nak cuba selamatkan keadaan dengan cakap saya ni girlfriend Nik...hii...tu yang saya marah kat dia...disebabkan itulah Nik merajuk ngan saya...tapi nasib lah dapat pujuk dia...tuh jelah..The End of the citer lah.." Dania pun sudah menamatkan ceritanya..

Pada mulanya Iqmal cemburu bila nama Fikri dan Nik disebut oleh Dania tapi apabila Dania menerangkannya,Iqmal tenang kembali..kuat cemburu pulak lah Iqmal ni...belum jadi BF Dania,dah cemburu..

"Ooohh...gitu..Nik kuat merajuk ker??hish..menjatuhkan martabat lelaki je lah...kuat merajuk..patutnya jadi berani.." terang Iqmal.

Dania terus ketawa..

"Hmm..betul tuh..ramai orang suruh dia berubah tapi tak berubah jugak..." Dania balas.

"Heheh...awak tengah wat per tuh??" tanya Iqmal.

"Oh..saya tengah makan coklat Cadbury.." balas Dania

"mmm...sedapnya...dah keluar dah air liur saya nie...huhuh...esok awak free tak???kalau free,awak online lah esok..kalau tak...takper lah..." Iqmal membuat suara kesian..

"Ala semestinya saya online...setiap hari saya online...tapi tengoklah dulu camner..kengkadang saya mengantuk,kengkadang ada kelab..tapi InsyaAllah lah...online.." jawab Dania..

"Ok lah..kalau camtuh..kita bermesra lah esok.." kata Iqmal.

"Hah??Bermesra??takut saya dengar.." Dania jawab dengan ringkas.

"Eh maksud saya berbual kat YM like a friend..awak fikir apa??oooo awak fikir macam-macam eh???" Iqmal mengusiknya.

"Hei...mana ade.." Dania balas.

Pada masa yang sama,Auntie Leha masuk ke bilik Dania..

"Eh Auntie Leha!!" Dania memanggilnya.

"Erm oklah..sampai sini je lah kita call...bye-bye..." Dania terus menutup telefonnya.

"Bye..." Iqmal lambat membalas bye-bye dari Dania yang tersayang...huhuh..tersayang??terus Iqmal membuka selimutnya lalu menyelimuti dirinya dalam kesejukan..kerana hujan mula turun.

"Good nite Dania sayang...I Love You.." Iqmal tersenyum-senyum akhirnya dibuai dengan mimpi yang indah sambil berdengkorr...khu..khu...khu...(bunyi dengkuran Iqmal)..heheh...

"Dania..sapa yang telefon Dania tuh???" tanya Auntie Leha.

"Kawan...nama dia Danish..kenapa Auntie??" Dania menanya.

"Ye lah..Auntie tadi tertengok-tengok pintu Dania sebab lampu belum tertutup lagi..tuh yang Auntie masuk nak tengok dah tidur ke belum..kalau dah tidur tuh,Auntie tinggal tutup lampu je..hah..Dania tak mengantuk lagi ke??Dah nak dekat pukul 11 malam dah...tidurlah...nanti terlewat ke sekolah kan habis Dania jadi beruk makyeh..." Auntie Leha sempat mengusik Dania,anak saudara kesayangannya itu.

"Heheh...oklah..dah nak masuk tidur ni..oklah..selamat malam Auntie..Goodnite..I love you Auntie!!" Dania terus memeluk Auntienya lalu menyelimutkan dirinya..

"Hei kalau nak cakap I love you pun..tak payah lah kuat sangat macam Minah Tarzan...Auntie belom pekak lagi tau..kalau auntie takleh dengar,auntie cuba korek dengan Cotton Bud..oklah..goodnite...love u too.." terus Auntie Leha menutup pintunya..

Terus Dania menangis kerana dia tidur tanpa ciuman kasih sayang dari ibunya.."Ibu..Akak rindu dengan ucapan ibu dan ciuman ibu tiap-tiap malam sebelum akak tidur..."

Keluarga Dania mengalami kemalangan selepas pulang dari Genting Highland..Pada masa itu jalanraya sangat licin..Terus kereta mereka terbabas di tepi jalanraya...Akhirnya ibu,ayah dan adiknya yang tersayang,Dhalena meninggalkannya jua..Apabila Dania menerima jawapan dari doktor itu,Dania hendak jadi gila tapi nasiblah Auntie Leha ada disisinya lalu menenangkannya..kalau tidak...tak tau lah..mungkin Dania takkan seceria sekarang...Hanya Dania sahaja yang terselamat dalam kemalangan kerana dia mengalami kecederaan ringan di kepalanya..yang lain telah menjadi mangsa...

Sedih dan sungguh sebak...nasib baiklah Auntie Leha menjaganya...jika tidak,siapa lagi yang ingin menjaganya...Auntie Leha adalah seorang andartu (anak dara tua)...dia amat menyayangi Dania sejak Dania dilahirkan ke dunia...

Monday, May 24, 2010

Bab 8

Dania mengeluh sebentar kerana hampir terlupa dengan janjinya iaitu hendak berYM bersama Danish.Semuanya disebabkan si Fik Buaya Setan tu.."Fiq!!!kau setan!!!!tak habis-habis nak mengganggu kehidupan orang!!pantang nampak orang senang,kau nak mengganggu orang..apa salah aku pada kau,hah!!!aku tak ganggu kau tapi kau yang menyibuk hal aku!!!"
luah perasaan Dania pada kertas sambil mengoyakkannya..perasaan geram dan marah timbul di dalam diri Dania..

Kalau nak tahu,sebenarnya Dania adalah seorang yang mudah naik angin dan tak ubah seperti 'cacing dalam kepanasan' tapi disebabkan Amira,Dania dapat tahan marahnya dengan kadang-kadang Amira bergurau yang tidak masuk akal..huhuh...contohnya ada seorang mamat ni,dia asyik menyapa Dania..Ala..tau-tau jelah camner rupa Dania kan..sapa yang tak nak mengganggu Dania,bukan??Jadi sampai Dania tak dapat tahan lagi,dia terus 100% tak segan-segan marah mamat tu..nasib baik lepas Dania marah mamat tu,mamat tu ganggu dia lagi tapi pada masa yang sama,Amira pun turut ada di sebelah Dania..sejak itu Amira cuba buat lawak bodohnya...

"Dania kau cubalah jadi rileks person..aku tau ar kau tu mudah naik angin tapi mestilah ada limitnya beb..kalau kau tak boleh sabar sangatlah..hah!!kau kan dikenali sebagai cacing kepanasan kan??so why not kau cuba jadi kucing ketenangan??" kata Amira..

"Kucing ketenangan??camner tu ha??dari mana kau kutip semua perkataan tu??aku tak pernah dengar pun???cacing kepanasan tuh memang aku pernah dengar tapi yang ni tidak..sila terangkan???" balas Dania.

"Kucing tuh kan manja...lembut..so yang ketenangan tu aku kutip dari perkataan berlawanan 'kepanasan'...so terciptalah kucing ketenangan..words aku lah tuh kiranya..kau jangan nak tiru plakk??" Amira menjawab soalan Dania seperti cikgu yang menerangkan maksud sesuatu kepada anak muridnya..

"kau...kau..kucing tuh mana ada lembutnya weyh...kucing pantang nampak sofa jer terus cakar ngan kukunya yang tajam sharp tuh..pastuh kalau tuan kucing tuh kengkadang nak ambik dia,bukannya dia diam tapi cakar tuannya..kau masih boleh cakap yang kucing tuh lembut???" bengang Dania..

"Itu pada kau...pada aku..aku pandai handle kucing..sebab tuh kulit aku takder cakaran dari kucing aku.." Amira membalasnya dengan ringkas sekali.

"Hhmm..yelah tuh.." Dania ingin mengujinya.

"Ok tak caya..aku boleh buktikan..tuh ada kucing tuh..aku boleh handle.." jawab Amira seperti tidak mahu mengalah lagaknya..

Tapi pada masa yang sama,seekor kucing sedang mengejar seekor kucing kerana ingin mengejar makanannya yang dibawa lari oleh kucing yang sedang lari..Jadi secara tidak sengaja,kucing yang sedang mengejar kucing itu telah dihalang oleh kaki Amira disebabkan Amira ingin menunjukkan kebolehannya yang dia boleh mengawal seekor kucing.So bila Amira ingin mengangkat kucing itu,kucing itu terlebih dahulu sudah mencakar tangan Amira..Kesian Amira..nak tunjuk kebolehannya tapi tut tut dah down dah..

Dania pun apa lagi..Dania terus bawa Amira pulang ke rumah Dania..Bila sampai rumah,terus Dania mengambil ubat gamat lalu disapukan di tempat cakaran itu.

"Mira..aku minta maaf...aku tak sengaja nak menguji kau..aku tak sangka jadi camni..maafkanlah aku mira...disebabkan aku,kau dah jadi gini..." luah perasaan Dania.

"Hhhmm...aku pun sama...aku pun nak minta maaf sebab cakap pasal kucing ketenangan tuh...tuh yang terus aku tunjuk belang aku tuh...heheh...." sempat Amira tersengih-sengih.

"Yish..kau ni kan..aku sedih,kau wat muka selamba sengih-sengih ikan busuk..geramnya!!!pasal lawak bodoh kau lah,kau kene cakar ni..rasakan kau!!" geram Dania akan Amira..akhirnya mereka berdua pun ketawa bersama-sama..

Kalau Dania mengingatkan kenangan yang amat menggelikan hati ini,Dania pasti akan ketawa keseorangan diri..sampai orang tanya ataupun mengatakan dia gila..tapi apapun ia tetap menggelikan hati..huhuh...heheh...

"Hah..Alamak!!!Boleh pulakk aku lupa pasal Danish nih..Camni jer lah.." terus Dania membuka komputernya lalu membuka Facebook..Dania terus menaip alamatnya kepada Danish melalui mesej di Facebook.Terus Dania menghantarnya..

"Ah...Dah selesai pun taip alamat rumah aku..ok aku turn offline ekk..tit tit...OFF.." Dania mereka bunyi komputer tutup.. huhuh..macam budak-budak pulak lah...

"Boringnya...bosannya..tak bestnya..tak fun-nya..hish sampai bila nak habis ni ayat aku ni.." Dania mengomel sendiri...heheh....sicko kowt dia ni..

"Main mesej ngan Danish lah kat enfon..barulah bebas dari berasa bosan...eh,boleh ke??kang skali aku mesej ngan dia kang,balak dia marah..eh ada balak ke dia???" Dania menggaru kepalanya seperti lagaknya bengang..

"Ala kalau balak dia marah pun,cakap jelah Danish tak bagi tau pun..buat muka seposen jekk ,Doni.." kata hati Dania..

"Doni??bila masa nama dia kau tukar ni hati ooii???" jawab diri Dania..

"Ooi suka ati aku lah aku nak panggil Doni ke tahapape bende ker..ape kau kisah,diri??" balas hati Dania..

"No no no..tak leh la...nama dia da sedap sedap Dania..kau tukarkan jadi Doni plakk..kalau aku tukar nama kau hati jadi wanhato pakjo,kau nak???"

"Dah la sampai bila kita nak berhenti gaduh pun tak taulah..dah lah aku minta maaf....kita kawan balik eh??" kata hati Dania.

"O rait..no probly hat.." jawab diri Dania.

"Woi hat plak la kau jadikan nama aku..." sedih hati Dania..

Huhuh...kelakar pulak lah hati dengan diri Dania ni...

Terus dengan relanya,Dania menghantar mesej pada Danish...tak sanggup nak dengar keletah pergaduhan antara diri dengan hati lah...

Saturday, May 22, 2010

Bab 7

Dania,Amira dan Nik kini berada di sungai yang berdekatan dengan rumah Dania..Kata Dania ada hal mustahak nak berbincang dengan mereka..Tapi di sebaliknya bukan berbincang tapi bila Nik dan Amira timbul sahaja,Nik kena marah dengan Dania terlebih dahulu.

"Nik!!Asal kau cakap aku gf kau ha!!Dah buang tabiat ke kau??Pasal kau tadi,aku kene tipu Fikri..Kalau dia investigate yang kau tipu dia..siap kau kene kerjakan dia..bukan aku sengaja marahkan kau tapi aku risaukan kau..You know lah Fikri tuh camner..GANGSTER no 1 kat sekolah tau takk!!!" terang Dania..

"Dah terlintas aku nak cakap camtuh..nak wat camner...wei..aku tak sanggup lah Fik asyik-asyik ganggu kau lah..Aku tak nak kau terjadi macam Tina tuh...aku tak nak kehilangan seorang yang aku sayangi iaitu kawan baik aku sendiri..." jawab Nik dengan rasa sedih..

"Tapi kenapa kau cakap aku gf kau??kenapa??kenapa!!" geram Dania.

"Sebab aku sayang kau sebagai kawan..dan aku tak sanggup kawan aku tengah mengalami keadaan susah.." ringkas Nik menjawab.

"Tapi kau yang menyebabkan aku susah nak bagi tau jawapan aku kat Fik tadi..nasib kau tunjuk sign language lat belakang badan kau..kalau tidak,mampus aku kene kerja ngan Fik buaya tuh...dan masa tuh la jugak aku baling botol air aku kat kau!!" balas Dania.

Amira yang terdiam dari tadi terus menyampuk...Lebih baik dia selamatkan keadaan Dania yang sedang dibara dengan api kepanasan..

"Weyh..Kau jangan lah marah-marah Nik wei..Kau patut kene berterima kasih gakk kat Nik sebab dia da selamatkan keadaan kau dengan Fik tadi..Kalau tidak,sampaikan kalaulah Cikgu Shahiza masuk kelas pun,Fik tetap nak cari pasal ngan kau.." cepat-cepat Amira menyampuk..

"Betul gakk kata kau Amira..Kalau tak,sampaikan kalau cikgu masuk pun si Fik Buaya pun akan cari pasal ngan aku..masa tu gak lah aku akan tunjuk belang aku kat Fik.." Dania berdialog dengan hatinya sambil terfikir..

Lalu Nik menjauhkan diri dari mereka sebab padanya tak guna kalau dia duduk situ sampai lama-lama..

"Tengok tuh..Nik dah merajuk ngan kau...Kau ni pun satu..cuba lah fikir betul-betul kalau dia tak tolong kau..tak tau lah nasib kau..mungkin kau kena baham ngan Fik kowt??" sempat Amira bergurau dengan Dania..

"Apa!!Nik dah lari!!Hish!!Dia ni kang..suka sangat merajuk..merajuk..merajuk..tapi nasib baik aku suka kawan ngan dia..kalau tak..hmm tak taulah apa nak jadi ngan aku..ngan kau sekali..orang tengah marah ngan merajuk,kau sempat lagi nak bergurau..bukan nak tolong kejarkan dia untuk aku.." merungut Dania.

"Hei tetiba je aku kene kejar dia..Kau yang marah dia..kau lah yang pujuk dia..ni tak..aku jugak yang kene pujuk dia..dah nasib aku kowt..jadi tukang pemujuk orang yang merajuk.." Amira luahkan perasaan..

"Ooohh..ye ke..kesian kau ya..maaf ya..aku jugak yang silap sebab aku yang marah dia..kau je yang jadi mangsa aku.." balas Dania dengan muka bersahaja saja..

"Heeiii!!Aku cekik kau baru tau.." geram Amira..

"Habis,kalau kau cekik aku..camner aku nak pujuk Nik..Eh..Camner aku boleh lupa pasal Nik ni??Wei!!jom cari dia!!" sambil menjawab tiba-tiba Dania teringat pasal Nik..

"HAh!!Jom kita lari!!Berlari berkejaran..deng deng deng dung.." sempat Amira bernyanyi..

"Hoi sempat plak dia nak bernyanyi..Hei kalau nak menyanyi pun,lepas pujuk Nik tuh barulah boleh menyanyi ngan aku..aku pun nak menyanyi gak.." balas Dania sambil menarik tangan Amira..

Memang bertuah betul Dania dapat kawan seperti Amira..sebab mereka memang dari kecil hinggalah besar..bergurau sahajalah kerja mereka..paling tidakpun,mereka kadang-kadang suka bermain bersama-sama..Sebab itulah mereka adalah 'Best Friend Forever!!'.

"Nik!!OOOOH NIK!!!Mana kau ni??" Dania seperti minah Tarzan pulak lagaknya..

"Nik!!Nik balak Dania!!" Amira bergurau..

"Kepala otak kau Nik balak aku.." Dania cubit lengan Amira.

"Aauuwwcchh!!!sakitlah..." Amira menjerit mengaduh..

"Tau pun sakit.." jawab Dania.

"Nik oooo Nik!!" Amira pulak lah yang jadi minah Tarzan..ehh silap..minah Jane lah...

"Ha!!Tu pun dia..." Dania menarik lengan Amira lalu menunjukkan Nik..rupa-rupanya Nik kat kedai Mamak Roti Canai lah...

"Jom!!" Dania dan Amira berpegang tangan terus cepat-cepat lari ke arah Nik dengan melambai-lambaikan tangan ke arah Nik..

"Nik kenapa kau lari bila aku baru nak minta maaf kat kau tadi???" tanya Dania.

"Tak tau pulak..dah orang tak sudi nak mintak pertolongan nak wat camner kan??" Nik membalas seperti orang sedang merajuk.

"Ala sori la..aku terlalu stress sangat tadi bila fikirkan pasal kekecohan dengan Fik tadi..sori lah..aku minta maaf bro.." Dania meminta maaf sambil lagaknya seperti tomboi la pulak..

Nik tetap tidak mahu memandang mereka berdua..

"Amira..jom kita nyanyi lagu 'Sorry Sorry' dari kumpulan SuJu..kita pujuk Nik dengan nyanyi bahagian korusnya kat depan orang...kita ugut dia maafkan kita.." bisik Dania di telinga Amira.

Amira pun mengangguk kepalanya tandanya dia setuju..

"Sorry sorry sorry sorry nike nike nike nike pacho pacho pacho pacho..."

Nik terkejot sebab mereka sanggup menyanyi kat depan orang sampaikan pelanggan-pelanggan Mamak pun menepuk tangan..atas sebab ingin meminta maaf..dan sebenarnya diorang ni dah silap nyanyi lagaknya..

"Ok okla..aku maafkan korang..tak malu ke ha korang nyanyi kat pelanggan-pelanggan kat sini ha???" Nik terpaksa maafkan mereka..

"Yahoo!!Tak sia-sia usaha kita nak memujuk orang yang kuat merajuk ya??Betul tak Amira??" tanya Dania pada Amira.

"Yap yap yap.." jawab Amira dengan ringkas.

"Ye la..aku maafkan korang..aku maafkan korang sebab aku tak sanggup nak dengar korang menyanyi dengan suara yang begitu nak mintak kasihan dari aku dan sebenarnya korang da silap nyanyi ni,tak hafal lagi lah tu.." balas Nik dengan bersahaja..

"Apa!!!" Amira dan Dania sama-sama terkejut..

"Kau ni kan...heeiii...geramnya aku kat kau!!!" Dania cubit lengan Nik dengan kuat..

"Adoooiiii!!!Sakitlah cicak!!!" Nik mengaduh kesakitan.

"Apa!!Kau kata aku cicak!!!" Dania geram..

"Ok ok la!!Dah lah tuh..apa kata kita duduk kat meja???" kata Amira.

"Duk kat meja ke duk kat kerusi??" Nik mengusik Amira..

"Whatever lah Nik.." jawab Amira dengan gaya menggedik..

"Bagus kau begaya gedik eh???" usik Dania..

Amira memukul bahu Dania dengan kuat..

"AADDDOOOIII!!!"

"Dah la tuh..korang ni kan..aku baru nak belanja korang minum..dah korang wat perangai..Aku cancel lah.." Nik sempat mengusik bila Dania dan Amira asyik-asyik gadoh.

"Apa!!eh..belanja laa..kitorang penat-penat menyanyi di hadapan khalayak ramai tau..." Dania jawab.

"Hah..belanja laa..." Amira pun meminta.

"Korang nie tak ikhlas lah nak pujuk aku..Da lah aku gi balik umah lah.." Nik mengeluh..

"Ala...baiklah Encik Nik.." Dania dan Amira kata..

"Apa???Encik??Bagus lah tuh..Aku belanja korang lah..gerenti punya.." Nik sebenarnya menguji mereka sahaja..

"Poyoh punya orang!!Rupanya nak kene panggil Encik..baru datang.." omel Dania dalam hatinya..

"Apa-apa pun..korang minta kasihan tadi,comel lah muka korang nih...heheh..." Nik mengusik..

"Dah lah nak gi dari sini lah.." Amira ingin keluar dari kedai Mamak..

"Ala ala..jangan lah camtuh..ok aku belanja korang makan 'Roti Tisu'..nak tak??" Nik offer lah pulak..

"Eh..nak nak nak!!" Amira dan Dania sama-sama mintak...

Akhirnya berkawanlah semula mereka..

Friday, May 21, 2010

Bab 6

Iqmal baru sahaja balik dari joging di taman permainan yang berdekatan dekat rumahnya .."Penatnya bukan kepalang!!Ahh aku baring kejap arr..." sekali Iqmal tanpa menukar bajunya terus baring atas katil.Tapi Iqmal perasan bantalnya senget tapi apakan daya..Dah penat punya fasal laa..Iqmal baru baring sahaja,terus ada suara budak kecil menjerit.

"ADDOOOIII!!!"

"Hei sapa tuh...Nie mesti budak kat luar tingkap ni??Woi!!sapa tuh??Aku bagi sebijik penumbuk kang baru tau.."

"Nie Acap yang abang tengah baring nie lahh!!!"

Terus Iqmal bangun dari katilnya akibat terkejut yang bantal tu rupanya anak lelaki kecik orang gaji tu.."Patutlah selesa macam bantal..Rupenya Acap yang kecik nie..."
Malu betul Iqmal dengan Acap sebab terlalu penat sangat sampai tak rasa bantal tuh Acap..

"Abang Iqmal ni asal ha??Main sesedap jekk baring kat Acap..Tau lah badan Acap ni kecik..Acap baru 6 tahun..Nanti bila Acap umo 17 tahun..Tau lah Acap nak kejekan Abang Iqmal...Masa tuh Abang Iqmal da tua da tumbuh janggut..mata kene pakai cermin mata..pakai kerusi roda......" Iqmal terus menyampuk "Dah lah tuh...Abang Iqmal bukan sengaja nak baring..Ok lah..Iqmal minta maaf eh??Tapikan kenapa Acap cakap abang dah tua??Hei abang tak tua la..Abang masa tuh mungkin da kahwin kot??Yang Acap pergi meleret sampai abang dah tua tuh kenapa??"

"Ye ar Abang Iqmal..Lepas nie kalau Abg Iqmal wat lagi..Taulah Acap nak kejekan Abg camner..." Acap mengugut Iqmal terus keluar dari biliknya tapi belum Acap sempat keluar dari biliknya,Iqmal memanggilnya..

"Acap!"

"Yap.."

"Acap asal tidur kat bilik Abg Iqmal??Kene marah dengan Mak Limah ke??" tanya Iqmal.

"Emm...emm.."

"Cakap je Acap.." kata Iqmal.

"Ya..Acap kene marah ngan Mak Limah.." Acap menerangkannya sambil keluar air matanya..

"Kenapa Acap kena marah??" Iqmal bertanya lagi.

"Sebab Acap conteng surat khabar kat ruang tamu tadi.." jawab Acap.

Iqmal terus ketawa..

"Ala itu problem kecik jek..surat khabar tuh boleh beli lagi.." terang Iqmal.

"Tapi ibu marah sebab dia kata Acap tak hargai barang-barang kat rumah ni..sampaikan ibu cubit lengan Acap kat sini.." Acap terus menunjukkan kesan cubit itu.

"Acap..setiap ibu pasti akan marah anaknya sebab dia sayangkan kita..Mak Limah pun marahkan Acap supaya Acap tak mengulanginya..tapi yang tentang surat khabar tuh sebenarnya prob kecik tiny tiny je.." Iqmal memujuknya.

"Tapi ibu marah sangat..sebab tuh Acap masuk dalam bilik Abang Iqmal sebab Acap nak sembunyikan diri dari ibu.." jawab Acap dengan sedih.

"Acap..Acap..Patutlah tadi Mak Limah tanya Abang tadi..tanya mana Acap??Risau Mak Limah ni..tanpa dia..Mak Limah tak boleh hidup..tuh yang Mak Limah cakap,Acap.. tengok tuh.betapa masih sayangnya ibu Acap pada Acap tau..So..Acap pergi minta maaf dengan ibu Acap..Cakap Acap minta maaf atas kesalahan Acap tadi..terus Acap peluk ibu Acap..nanti tenanglah hati ibu Acap tuh..pergi sekarang..tercari-cari ibu Acap tadi.." beritahu Iqmal pada Acap.

"Baik lah abang..terima kasih sebab dah yakinkan Acap..ok lah,Acap pergi dulu.." Acap berlari ke arah pintu dan terus keluar.

"Acap!Mana Acap pergi??Risau ibu..tercari-cari ibu tadi ke dalam rumah sampai ke luar rumah..Acap janganlah merajuk lagi dengan ibu...baik ibu takkan cubit dan marah lagi kat Acap ya..risau ibu takut Acap kene culik ke apa kan..jangan lah macam ni lagi..ibu minta maaf ya.." tersedu-sedu Mak Limah.

"Ibu..maafkan Acap ya sebab kesalahan Acap tadi..Acap sayang ibu..Acap takkan hilang lagi ke bilik Abang Iqmal..maafkan Acap ya ibu??" Acap memohon maaf lalu dipeluk erat oleh Mak Limah.

"Apa!!Acap sembunyi kat dalam bilik Abang Iqmal tadi???Hii....nak kene dengan ibu lah ni..meh sini..ibu kejar Acap!!" geram Mak Limah lalu mengejar Acap tapi Acap sudah lari terlebih dahulu..Akhirnya dapat tangkap jugak Acap lalu memeluknya dan menggigit pipi tembam Acap..mereka berdua pun sudah ketawa..

Keadaan Iqmal dalam biliknya..

"Hoi..apalah khabar Dania disana???Apalah Dania tengah buat ya???Sihat ke tak??" Iqmal bercakap sendiri sambil baring di atas katilnya..

"Hah!!Kenapalah aku hampir lupa ya??Aku janji nak berYM dengan Dania petang nie..tapi aku gi joging plak..mesti dia marahkan aku..." Iqmal berdialog dalam hatinya..sebab dia sudah janji yang dia ingin meminta alamat rumah Dania untuk menghantar sebatang pen sebagai ganti..

"Oh Dania..Maafkanlah aku sebab tak online tadi..."

Sebenarnya Dania pun tak online sebab hal kat dalam kelas tadi..iaitu hal Fikri..dan sekarang Dania,Amira dan Nik sedang berbincang mengenai hal itu..Tapi nanti korang bacalah Bab 7..

Friday, May 14, 2010

Bab 5

Dania teringat-ingat suara Danish yang begitu romantis semalam.."Ya Allah,apasal ngan aku ni..dah angau ke aku nie.." Dania berdialog dengan hatinya..

"Eh asal ngan kau ari nie..Termenung jauh je kau nie aku tengok.." sapa Amira dengan Dania.

"Oh Mak kau caih!"

"Kau ni..memang betul-betul suka melatah kan??Sampai kau cakap mak aku caih??Habis mak kau,freeze!!Eeeiii geramnye aku ngan kau ni.."

Tergelak Dania mendengar kawannya merungut.

"Kau ni jangan lah terasa..Aku bukan sengaja nak cakap camtuh..da memang aku ni minah melatah larr..Kau da lama kenal aku kan..ala ala bucuk bucuk.."

Dania terus menggeletek Amira..Apalagi Amira pun terus gelak..

"Kau nie memang tak pandai wat aku merajuk..Kenapa kau panggil aku bucuk??Aku tak bucuk lagi..Aku wangi-wangi la!!"

Terus Amira pura-pura mencekik Dania..Dania pun menjeritlah..

"Hei..you all nie memang tak standard langsung la.."

Muncul Erin dengan kawan-kawannya yang gedik dan sombong itu..Mereka memang dikenali sebagai 'Group Gedixs dan Sombong'..

"Hish minah ni kan..Aku sepak kang badan kau..tercampak kau kat Gunung Everest tu.."kata Dania dengan perasaan geram..

"Hei awak nie takder keje len ke nak malukan orang ha??Awak ingat awak tuh Big Boss kat skolah nie??Eh sori sikit..Jangan perasaan la perempuan badak.." kata Dania.

Kawan-kawan Erin pun gelaklah..Bila Erin memandang kawannya,terus mereka diam..

"Hei you nie cakap baik-baik sikit..you tak kenal siapa I lagi.."

"Oh yeke..da la..pi berambos la perempuan badak..Badan awak ni pun bukannya kurus sangat..Peha awak tuh tak kurang macam kaki badak.." jawab Dania dengan ringkas..

Amira pun tergelak lalu terus menyampuk.."Yap..lebih baik awak pi lari dengan peha badak awk sebelum awk kene kejar ngan Harimau nie.."

"Eeeii siap you two ngan I nanti..Girls,let's go!"

Akhirnya mereka pun telah pergi dengan jalan yang tertonggek-tonggek..

Dania dan Amira terus ketawa dan sep kan tangan mereka...

Dalam kelas..

"Wei aku setuju betul ngan kau lah..Peha Erin ade macam kaki badak..Tapi kan,macamana kau tau peha dia macam badak eh???" Amira pun buat muka blurr nya..Terus Dania ketawakan dia..

"Kau nie kan..Tadi kau bukan main setuju ejek dia..Tapi bila belakang dia,kau buat lawak la..Hei..Aku cakap pun sebab aku pernah nampak dia pakai suar jeans masa aku nak gi kedai nak beli telor 10 biji..Ya Allah memang serupa kaki dia dengan badak...Tu yang aku cakap yang peha dia macam kaki badak!!"

"Hahahahahah!!!Kenapa kau tak cakap ngan aku tadi..wat otak aku blurr jer lah.." Dania dan Amira terus gelak bersama-sama sampaikan tak perasan ada seseorang di belakang mereka..

"Amboi gelaknya sampai boleh dengar kat luar kelas tadi..tak ajak aku pun nak gelak sekali.." Nik merungut..

"Laa...tadi kau kan tengah berbual ngan ex-girlfriend kat luar kelas..Tu yang tak nak kacau privacy orang.." Amira menjawab..

"Oh..ha asal korang gelak tadi??Aku pun nak tau gakk .." Nik terus menukar topik.

"Hah!!Tadi kitorang kang kat pondok..Pastuh aku ngan Dania macam main budak-budak lah kan..Pastuh timbul la kepala badak tuh.." Amira bersungguh-sungguh bercerita.

"Sapa kepala badak tuh??" Nik tanya.

"Ala si badak tu lah.."

"Woi peha badak lah..bukan kepala badaklah..Si Erin lah.." Dania menerangkannya..

"Hehehe..aku terlalu enjoy sangat mengejek dia tadi sampai aku boleh terlupa panggilan sesuai dia..huhuh..." Amira tersengih-sengih macam kerang busuk.

"Oohh..ingatkan sapa badak tuh..rupanya Erin..aku pun agree gakk ngan korang..memang dia macam badak pun!!" Nik setuju betul..

"Hahahah!!Weyh asal kita mengumpat pasal Erin ni???Hish alamatnya nanti hidup kita tak berkat nanti.." terang Dania.

"Hai tadi kau yang cakap Erin..Tetiber plakk kitorang yang mengumpat..cucuk kang mata tuh jadi Fishball.." balas Amira.

"Woi bukan jadi Fishball tapi jadi Eyeball..sedap ke mata aku untuk dijadikan hidangan hah???" balas Dania..

"Heeiii...gelinya aku nak makan mata kau tuh..hhiiii..kau boley tak jangan cakap pasal benda yang boleh buat aku geli..hii.." rasa geli Amira bila bercakap mengenainya..

"Hei tadi kau yang cakap Fishball..jadi aku pun nak tukaq ha..jadi Eyeball.." balas Dania dengan muka yang bersahaja..

"Hmm asal tak der Dragonball ha??" Nik mula menyampuk..dari diam tadi,baik dia pun join sekaki..

Amira dan Dania mula gelak..

"Hah korang nih..tadi bukan bergaduh lagi pasal Ball-ball..sekarang gelak plak korang nih.." Nik merungut.

"Wei..kitorang bukan bergaduh pasal tadi la...ala kau bukan tak tau yang kitorang dari kecik hingga la besar kitorang ni suka bergurau..lebih-lebih lagi kitorang ni best friend forever or BFF.." balas Dania.

"Betul betul betul..true true true.." Amira mengiakannya..

"Best friend forever ke atau boy friend forever??" Fikri menyampuk dari belakang..

"Oh cow opocot!!eh.." Dania melatah..

"Awak sampai bila awak nak menyeksa diri saya???Saya nak hidup semati bersama awak.." Fikri membalas..

"Awak tak boleh faham ke ha!!Saya sekarang tak nak ada teman lelaki dan saya nak tumpukan pada study!!" balas Dania dengan rasa marah sebab Fikri masih tidak boleh menerima kenyataan.

"Awak please..saya takkan kecewakan awak.." Fikri melutut di hadapan Dania..

"Tak payah lah kau nak tunjuk baik,Fik..Aku tau kau memang kaki perempuan..Tapi tak payah lah berlagak jadi orang baik..Dah tentu Dania takkan terima kau sebab kau memang dasar Playboy!!" Nik menyebelahi Dania..

"Ha lagipun kau yang rampas Tina dari aku kan!!Aku dan geng-geng aku takkan maafkan kau punya..dan satu lagi,Dania dah jadi girlfriend aku dah.." Nik menjawab.

Dania dan Amira terkejut dengan jawapan dari Nik.

"Tetiba jer cakap aku gf kau..sejak bila aku jadi gf kau???pelik gila Nik ni..ataupun memang da out of mind ke dia??pelik pelik.." omel Dania dalam hatinya..

"Oh..tahniah Nik sebab dah dapat Dania dari aku tapi aku nak soal dia..Dania,betul ke awak ada hubungan ngan Nik??" tanya Fikri.

"Alamak!!Aku nak jawab apa ni??Hish kau punya pasal lah Nik!!Aku kena jawab Fikri punya soalan..lepas ni aku pancing kau kat sungai yang dekat kat umah aku.." jawab Dania dalam hatinya.

"Hoi saya tanya awak kan??Asal awak tak jawab??" tanya Fikri dengan geram.

"Woi sabar lah kau ni Fik Fik..Aku nak cari jawapan lah ni.." Dania mengomel.

Terus Nik buat sign language tangan kat belakang badan Nik..Jadi bila Dania terpandang,taulah Dania nak jawab camner kan..

"Ha nampak pun aku sign language kau tuh..Heeiii..lambat betul kau nak wat sign tuh..." Dania berdialog dalam hatinya.

"Ya aku memang ada hubungan ngan Nik..Kenapa???" Dania menjawab.

"Ooh..saya tak tau pulak..baiklah..tapi saya akan pastikan awak adalah kepunyaan saya Dania..Ingat tu!!" Fikri mengugut Dania.Terus dia kembali ke tempat duduknya sebab Cikgu Shahiza sudah sampai ke kelas mereka.

"Saya akan pastikan awak adalah kepunyaan saya ingat tuh!!Ahh pegi podah lah kau...kau bukan tercipta untuk aku tapi Danish..Hah!!Danish!!Pepandai je aku ni.." sambil Dania mengejek ugutan Fikri tiba-tiba teringatkan Danish..

"Assalamualaikum semua" Cikgu Shahiza memberi salam dahulu..

"Waalaikumussalam Cikgu!" semua murid-murid dalam kelas membalas.

"Baik..Silakan duduk semua.Keluarkan kerja sekolah kamu yang semalam ya..Saya nak tengok.." Cikgu Shahiza membalas.

Semua murid mengeluarkan buku latihan Matematik mereka..

Bersambung pada Bab 7...

Bab 4

Terbayang-bayang Iqmal akan suara Dania yang manja itu.Iqmal berasa pelik kerana selama ini dia tidak pernah ada rasakan perasaan ini.Dan juga dia rasa pelik sebab dia dengan rela hati ingin memberikan Dania pen sebagai tanda maaf dan ganti.

"Hai..kenapa lah aku lain macam je perasaan aku bila ngan Dania???Tak faham aku.." Iqmal berkata dengan hatinya.

'Manjanya suaramu..'

Teringat Iqmal akan kata-katanya sendiri selepas menutup telefon bimbitnya.Lalu Iqmal terus terbaring dengan indah dan terus dibuai dengan mimpi yang indah.Semestinya lah mimpi pasal Dania.

Iqmal terus membuat kerja sekolah 'Science' yang diberikan oleh Puan Roslina.Baru sahaja Iqmal hendak membuat,Datin Zalina terus mengetuk pintunya.

"Masuk." sahut Iqmal dengan suara yang jelas.

"Boleh mama masuk?"

"Oh..boleh boleh.." kelam kabut Iqmal dibuatnya.Terus Iqmal mengemas mejanya yang berselerak dengan pen dan buku yang bertimbun-timbun itu.

"Dah dah tak payah lah anak Mama ni berkemas..Bukannya semak sangat bilik kamu ni..Meja je yang berselerak..Lagipun Mama duk kat atas katil kamu la.."

Tersengih-sengih Iqmal."Aku ni pun satu..asal aku lurus bendul sangat??Mama cuma duduk kat atas katil aku..Bukannya duk kat atas meja aku.." omel Iqmal dalam hatinya.

"Ha'ah la Mama..heheh..."

"Hmm..anak Mama ni apasal??makin Mama tengok Iqmal ni...makin ceria jer muka tuh??oohh...nie mesti ade perempuan gembirakan hati anak Mama ni kan??"

Datin Zalina berkata sambil menuding jarinya ke anaknya dengan gaya mengejek.Datin Zalina memang dikenali sebagai seorang ibu yang penyayang dan lemah lembut serta perangainya tidak ubah macam budak-budak walaupun sudah diberi gelaran Datin dan sudah menjadi seorang ibu.

"Hish mana ade Mama ni..ade-ade jer Mama ni..Nape??Ceria sangat ke Iqmal??Biase je Iqmal tengok.." Iqmal tidak mahu mengalah walaupun sebenarnya memang benar kata Mamanya yang dia gembira disebabkan perempuan yang bernama Dania.

"Ala..malu-malu meow pulak lah anak Mama yang sorang ni...Hati seorang ibu semestinya dapat mengesan sesuatu ape-ape yang berlaku pada anaknya,sayang..Janganlah berahsia sangat ngan Mama ni..Kalau nak berahsia ngan Papa..ok that's fine..but not to me my dear son.."

"Oh..betul ke Mama nak tau sangat nie..takut Mama terkejot kang??"

Terus Datin Zalina memeluknya dengan begitu manja sekali..Begitu senang sekali Datin ingin mengetahui rahsia anaknya itu.Sebab itulah Iqmal begitu menyayanginya kerana Mamanya begitu memahaminya..

"Mama sentiasa relax jer...Iqmal mesti ingat Mama sentiasa berada di sisi Iqmal..Kalau Mama takder pun,Mama pun tetap berada di sisi Iqmal..sebab Iqmal je anak Mama sorang.."

"Hish Mama ni jangan cakap macam tu..sedih Iqmal dengar Mama cakap camtuh..Habis siapa nak kongsi rahsia dan dengar luahan perasaan Iqmal kalau Mama da takder.."

Sebak hati Datin Zalina mendengarnya.

"Okla okla..Mama takkan tinggalkan Iqmal melainkan Iqmal da ade isteri..."

"Ha??Tetiber je Mama cakap pasal isteri nie??Mama...Iqmal belom lagi 25 tahun da cakap pasal kawin ni??"

"Takder lah..Mama cakap camtuh jadi cepat-cepat lah Mama ade menantu..heheh..."

"Hish Mama ni.."

"Jadi kalau da ade isteri..Takder la Iqmal merindu sangat ngan Mama..kalau Mama da takder.."

"Mama..jangan lah cakap camtuh lagi..Kalaupun Iqmal da ade isteri pun..Iqmal dan isteri Iqmal masih memerlukan kasih sayang Mama...dengan cucu cicit Mama nanti.."

"Hei anak Mama ni..tibe-tibe jer cucu cicit nie...nie memangla Iqmal tak sabar nak jadi ayah kilang anak nie??"

"Heheh.."

Terus Datin Zalina memeluknya..

"Ha tadi ade rahsia nak bagitau Mama kan??bagi tau la..tak sabar Mama nak dengarnya.."

"Macam ni..Iqmal ade kawan ngan seorang perempuan kat FB la..perempuan ni tinggal kat KL..Nama dia Dania..Sama umo ngan Iqmal..Memang orang nya cute,sweet ngan ade lesum pipit kat sebelah kanan..hidungnya mancung..mata dia cantik dan redup..tenang hati Iqmal tengok gambar dia.."

"Amboi anak Mama ni..alamatnya da bercinta da ni..boleh Mama tengok gambar dia jap??nak jugak Mama tengok rupa dia..."

Jadi tanpa melengahkan masa,Iqmal terus membuka laptopnya..Jadi bila laptop sudah terbuka,Iqmal pun bukalah Facebook nya..Selepas itu,Iqmal pun menunjukkan gambar Dania.

"Amboi..pandainya anak Mama pilih perempuan ya..betul kata Iqmal..memang cantik matanya..orangnya pun comel.Siap ade lesum pipit kat sebelah kanan..Sesuailah anak Mama ngan sapa namanya??"

"Dania.."

"Ha..Iqmal ade lesum pipit kat sebelah kiri..Dania pulak ade lesum pipit kat sebelah kanan..secocok la tuh..Sebab itulah anak Mama ni ramai orang perempuan pandang..memang anak Mama ni Handsome siap ade lesum pipit..tapi Iqmal tak berkenankan perempuan yang pandang Iqmal..rupanya da cop perempuan la Iqmal ni.."

Iqmal terus gelak dan Mamanya juga gelak sama..Bahagia sungguh hati Datin Zalina mendengar rahsia anaknya..Begitu juga dengan Iqmal..Bertuah sungguh Iqmal mendapat ibu sepertinya..kerana dapat berkongsi rahsia dengan Mamanya..Lega hati Iqmal..

Friday, May 7, 2010

Bab 3

Dania sedang mengulangkaji 'Additional Mathemathics'.Tiba-tiba Dania dikejutkan dengan deringan bunyi telefon bimbit dengan diiringi lagu "With You" dari Chris Brown..Terkejut Dania sampai tercampak pen dakwat birunya ke pintu..

"Hish!!Sape yang mengganggu aku tengah ulangkaji ha!!Sampai tercampak pen aku kat pintu..da la mahal pen tu..pantang je pen jatuh or campak, da tak boleh guna lagi wat tulis..." rungut Dania dalam biliknya seorang diri..

"Hak!!Sape punye no enfon eh??tak kenal la no nie.."

Nombor itu meninggalkan 'missed call'..Tak sampai 1 minit,telefonnya berdering lagi..

"Eeeiii...Saper yang menggatal telefon aku nih!!!Geramnya aku!!"

Dania tidak dapat menahan lagi dengan telefon bimbitnya yang berdering..lalu Dania terpaksa jawab..tapi Dania menjawab panggilan itu dengan perasaan geram..

"Hei!!Siape yang call nie ha!!Tak cukup-cukup lagi ke nak mengganggu orang yang awak tak kenal ha??"

Terkejut Iqmal dengan nada suara Dania yang agak marah itu..

"Assalamualaikum..Saya Danish laa...tak ingat ke dengan janji saya tadi..nak telefon awak waktu malam.."

Merah padam muka Dania..Lama Dania terdiam.."Heee...sah-sah dia fikir aku buang tabiat macam orang gila..tetibe marah..Ha'ah eh..camner aku boley lupe yang Danish nak call aku waktu malam eh??Ulangkaji punya pasal la aku terlupa nie.."

"Helo??Are you there??Hello??"

"Yes I'm here.."

"Pandai gakk Dania nie 'speaking English'.." kata Iqmal dalam hatinya..

"Hello??Is it your turn that you were not there??"

"Tak la..saya tengah tengok orang kat luar tingkap dari bilik saya.." tipu Iqmal..

"Oohh...sori ar tadi tertiba je marah awak..Nak tau sebab ape saya marah???"

"Ape dia??"

"Sebab mase 'first' tadi awak call saya..saya terkejot tadi lalu pen saya tercampak kat pintu..Lagipun tadi saya tengah ulangkaji..."

Iqmal ketawa dengan kuat sekali sehingga pekak telinga Dania...

"Asal awak ketawa??Kelakar sangat ke saya tadi???"

"Mesti la klakar..'First time' dengar orang terkejot sampai tercampak pen kat pintu...Klakar la tuh..."

Dania mengetap giginya dengan perasaan geram..

"Kene kang mamat nie ngan penumbuk aku baru tau.."kata Dania dalam hatinya..

Iqmal rasa tak sedap hati sebab dia merasakan Dania sedang geram dengan dia...

"Ok ok ok...nanti saya ganti pen awk dr Perak ke KL eh..Ok kan camtuh??"

"Apa??Nak ganti??

"Ye la.."

"Abis camner awk nak gantikan pen saya???"

"Esok awak online la YM..Pastuh bagi la saya alamat awk...Boleh kan camtuh??"

"Er...ok la..esok saya bagi alamat saya kat awk masa online YM.."

"Ha ok la kan..Dapat jugak pemberian hadiah dari saya kan??"

"Ya.."

"Erm..sori tau mengganggu awak tengah ulangkaji..I'm truly truly sorry Dania.."Iqmal membuat suara yang begitu romantis..

"Ya Allah..tergoda la aku dengan suara Danish nie..begitu menerkam hatiku lah kau ni.."dialog Dania dalam hatinya...

"Okla..esok awak online YM ya...bye Dania..Have a sweet dreams tonite..." sekali lagi Iqmal bernada suara romantis...

"Ok bye.."

Terus Iqmal menutup telefonnya lalu baring di atas katilnya...

"Manjanya suaramu..."

Bab 2

Iqmal lepak dengan kawan-kawannya di taman permainan yang berdekatan di rumahnya. Iqmal rasa begitu cukup puas hati kerana dapat mengenali kawan baru di Facebook.Siapa lagi kalau bukan Dania.Iqmal juga berasa tidak sabar untuk menghubungi Dania pada waktu malam nanti.Lebih-lebih ingin mendengar suara perempuan yang comel itu.Makin angau Iqmal jadinya bila asyik memikirkan Dania.Sejak terjumpa 'profile' Dania,Iqmal mengatakan Dania memang comel orangnya menurut tengok gambarnya.Gambar Dania di Facebook diambil di Port Dickson.Waktu melihat gambar itu,gambar Dania hanya berpakaian t-shirt lengan pendek berwarna biru terang dan seluar sukan paras di antara bawah lutut dan atas buku lali.Dengan senyuman yang manis dan berlesum pipit di sebelah kanan,menambahkan kecomelannya.

"Hoi ape yang kau khayalkan ha???Oh teringatkan 'girlfriend' kat KL ke ha??" terkejut beruk Iqmal apabila disergah oleh Adam.

"Hilang la lamunan aku nie..aku baru nak syok-syok fikir pasal Dania,da datang plak Adam nie..Sebokk jer la dia nie.." kata Iqmal dalam hatinya dengan perasaan yang sungguh geram.

"Kau marah aku ke??Sori ar..Aku tak sengaja..Tak tau plakk kau tengah mengelamun pasal 'girlfriend' kau..."

"Hei bila masa aku mengelamun pasal 'girlfriend' aku ha!!!Pandai-pandai je kau cakap aku ade gf..Aku takder gf la..."

"Alah yelah tuh..Hey aweks kau cun tak??"

"Woi kau da belikan aku air ke blom ha??Aku dari tadi haus tekak aku,menunggu kau belikan air tapi kau timbol dengan takder air kat tangan..Pastuh tetiba je kau sergah aku ngan cakap pasal awek-awek ha!!" Iqmal geram dengan sikap kawannya yang tak berubah lagi.

"Sori la weyh..aku kecikkan ati kau..tak sangka kau da sensitip skang...Ha lagipun tadi aku baru nak belikan air,da makcik tuh kate da 'out of drinks' la..Tuh yang aku trus sergah kau..Sori la beb.."

"Kepala hotak kau berjambul kate aku sensitip ha??Aku cuma terkejot je la weyh.."

"Memang kefala hotak aku ade jambul.."

Terus Iqmal gelak terbahak-bahak namun bila Iqmal ketawa kuat,hilang suara Iqmal disebabkan haus punya fasal la..

"Ehek ehek ehek" hilang suara Iqmal..

"La siannye kau..Da haus pun sempat gelak tapi da takda suara la..Sumbang suara kau.."

Apa lagi,Iqmal pun mencampak seliparnya yang berwarna hitam ke arah Adam tapi sempat Adam mengelak dengan mengangkat kedua-dua tangannya menandakan dia mengaku kalah.

"Kau punye pasal la suara romantis aku da takder..." Iqmal tersenyum sendiri walaupun dia yang kata.

"Ok ok ok..da da da da..Ha!!!Abis ape yang kau termenungkan ha??"

"Tukar topik plak la Adam nie" kata Iqmal dalam hatinya.

"Ape yang kau termenungkan tadi!!Aku pun nak tau gakk!!"

"Aku fikirkan satu kawan nie..Aku jumpa dia kat Facebook"

"Ooh..nie mesti perempuan kan??"

"Ye ar..habis kau ingat aku nie kawan ngan orang pondan..Sori sikit eh..No gay person in my life,man..."

"Ooh...ha sape perempuan tuh??Cun ke dia??Umo baper???No telefon??

"Woi banyak soalan kau nie..Pantang je berbual pasal awek,no 1 lah kau nie.."

"Heheheh...sesaje la beb..."

"Ok la..kalau kau nak tau sangat pasal perempuan tu..Dia cun ngan comel la..siap ade lesum pipit kat sebelah kanan la weyh..Aku suka perempuan yang manis ngan comel macam dia..dia umo sama macam kita la..16 tahun...no telefon tuh...dia tak bagi..."

Iqmal sengaja cakap bohong sebab dia tau,pantang je cakap pasal awek cun dengan Adam..terus mintak nombor telefon awek tuh...Dah lah Adam tu dikenali sebagai 'playboy'..tak nak lah bagi perempuan yang dia suka kat Adam tuh.."Buaya Laut kau" kata Iqmal dalam hati dengan perasaan geram dan cemburu..Tapi Iqmal pura-pura menunjukkan wajah yang tenang walaupun hatinya sedang dibara dengan perasaan marah..

"La...er..jomlah balik weyh..da nak kat malam da..kang mak aku cakap aku nie jembalang malam,mampos aku.."

"A ah..ok ar..jom"

"Pandai gak aku berlakon ngan wajah aku yang tenang ni tadi..nasib baik Adam tak paksa aku mintak no enfon Dania..Kalau tak,mampos dia kene kerja ngan aku.."dialog Iqmal dalam hatinya..

Setelah Iqmal mengahantar Adam ke rumahnya..Iqmal pun pulanglah ke rumah dengan perasaan yang gembira..Sebab tidak sabar ingin mendengar suara Dania dalam telefon menjelang malam nanti..

Apabila sampai di rumah,Iqmal terus masuk ke biliknya untuk mengambil tuala terus ke bilik air..Tetapi tidak lupa juga,Iqmal terus mengambil sebotol air dari dapur kerana tekaknya haus sejak pulang dari taman tadi..

Selesai mandi,laungan azan solat fardhu Maghrib telah dilaungkan dengan sungguh lunak..Jadi,Iqmal pun mengambil wudhu' untuk menunaikan solat fardhu Maghrib.Ibu bapanya sentiasa berpesan kepada Iqmal supaya bersolat setiap hari.Disebabkan itu,Iqmal sudah terbiasa menunaikan solat.

Selesai solat,Iqmal terus mencapai telefon bimbitnya untuk menghubunginya..Tetapi pada masa yang sama,Iqmal berfikir bagaimana dia ingin memberitahu Dania bahawa namanya bukan Danish tapi Iqmal..

"Ah!!nanti-nanti jelah fikirkan.." Iqmal berdialog dengan hatinya sendiri..